
ya, itulah hasrat seorang ibu yang sungguh sungguh mencari bakal isteri untuk anaknya. mungkin bukan seorang ibu, tapi seluruh ibu-ibu di dunia ini, pasti menginginkan menantu perempuannya itu cantik dan berkedudukan.
tapi, ingatlah, itu bukanlah kayu pengukur pada diri nya.
Rasulullah dah bagi pilihan
"Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”
agamalah yang paling penting dalam memilih calon isteri.
ruginya si lelaki yang menghantar puluhan ribu untuk mendapat si bakal isteri tetapi terpaksa menanggung dosa isteri yang tidak menutup aurat semasa proses pernikahan.
memberi emas permata, tapi dibalasnya dengan DOSA. kesian si lelaki menganggung dosa si isteri yang tabarruj ketika bernikah.
Generasi Khaira Ummah
tidakkah kalian tahu, dengan memilih agamanya, maka tidak mustahil akan lahir ramai generasi-generasi penggerak islam, generasi rabbani, generasi dai' dan dai'yah cilik yang petah menyampaikan kebenaran dan bijak dalam pelajaran.
lihatlah kalian contoh yang terdapat pada zaman sahabat. sahabat yang hebat berkahwin dengan sahabiah yang hebat, maka lahirlah anak yang hebat.
lihatlah, bagaimana Asma' binti abu bakar berkahwin dengan zubair al awwam dan mendapat anak hebat yang tidak takut pada sesiapa pun kecuali Allah meskipun Umar Al Khatab. itulah Abdullah bin Zubair.
binalah Baitud Dua't
pesananku, bukan baitul muslim sahaja kita patut bina, tapi baitud du'at yang melahirkan dai dan dai'yah yang sanggup memperjuangkan islam dan menyebarkannya sehingga terkorban.
perbetulkan impian mu duhai ibu dan bapa, anak itu anugerah. satu nikmat yang perlu di jaga rapi. kekalkan keputihan mereka. jangan dibiarkan comot dan diwarnakan dengan warna yang merosakkan. kasihanilah mereka dan kasihanilah dirimu. kelak kau akan tahu yang kau sudah rugi sesuatu.
p/s : sebagai persediaan sebelum nikah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar