
tompok itu perlu dirawat dan diubat, jangan dibiarkan melarat
kita pasti punyai sejarah silam
yang kalau boleh hanya kita yang tahu. Tapi kadang-kadang terpaksa kita cerita pada
akhwat atau mad’u untuk di jadikan ibrah (pengajaran) dan peringatan.
Ini bukan sejarah yang biasa.
Tapi luar biasa. Sejarah jahiliyyah kita terutamanya sejarah cinta kita. Wah..
siapa yang bertuah sahaja yang akan tahu.
Di zaman jahiliyah
Kebanyakan akhwat sebelum
ditarbiyah, mereka pernah ber’couple’ atau berkawan baik dengan seorang lelaki
ataupun dengan kata lain mendekati ZINA. Lelaki itulah yang mengetuk hatinya
saat dia memerlukan kasih sayang dan perhatian di zaman remajanya. Tika
melihat, kawan-kawan sekelilingnya juga punya seorang lelaki untuk meluahkan
perasaan dan berkongsi suka duka.
Mengapa kita terjebak dalam
kancah ini? Mungkin sebab kita tak faham atau kita silap faham tentang zina ini.
Memahami ayat 33:21 itu dengan erti kata kita dilarang berzina sahaja. Tapi
hakikatnya, ayat itu menunjukkan larangan Allah mendekati segala apa yang boleh
menjerumus pada zina.
Sehingga kita ditarbiyah, kita baru memahami hakikat zina yang sebenarnya. Dan saat itu juga kita merasakan perlunya kita memutuskan hubungan dengan lelaki itu. walaupun perit dan menangis beberapa hari, namun itulah dosa besar yang perlu kita tinggalkan kerana dosa itu pasti akan menghalang proses tarbiyah. Sesungguhnya
meninggalkan jahiliyah yang kita sangat sayang adalah amat perit. Benar kan? Tapi
insyaAllah dalam keperitan itu akan ada kemanisan akhirnya. Itulah pentingnya
kebersamaan kita dengan akhwat agar kita tak terjatuh ke lubang yang sama dua kali.
Rahsia yang perlu disimpan

Dulu, kita bukan sahaja couple.
Tapi mesti banyak lagi karat-karat jahiliyah yang kita lakukan dulu. Memang
bagus kalau diceritakan untuk dijadikan ibrah terutamanya untuk mad’u kita.
Tapi usahlah terlalu detail. Cukuplah untuk mereka mengambil pengajaran agar
tidak terjebak ke kancah yang sama seperti kita pernah lalui. Kejahatan itu
jangan diterangkan secara mendalam dan terperinci. Namun, kebaikan itu
terangkanlah secara seluruhnya berserta dengan nikmatnya. Kerana kita mudah
mengikut kejahatan berbanding kebaikan.
Jika difikirkan, apalah
pentingnya menceritakan kisah silam yang buruk kepada orang lain jika bukan
bertujuan memperingat. Besar kemungkinan, boleh mendatangkan dosa pula kerana
kita mungkin akan terasa ‘ter’bangga dengan kelakuan bebas kita dahulu. Bangga
kerana walaupun kini sudah baik, tapi berpeluang merasa jahat ber’couple’,
menunggang motor dengan lelaki ajnabi, menjadi perempuan rebutan di sekolah,
ratu shopping complex, dan pakar menambat hati lelaki.
kita sepatutnya bersyukur kerana Allah telah menutup aib dan dosa kita selama ini. Namun, takkan kita hendak mengaibkan diri kita pula dihadapan orang dengan sewenang-wenangnya? moga Allah terus menutup aib diri kita samada di dunia atau akhirat.
Bersedia menerima apa yang bakal berlaku
Pernah dengar tentang ada lelaki
yang sanggup menunggu kita? Atau lelaki yang akan datang meminang kita bila dia
telah bersedia? Atau mungkin lebih dahsyat, datang rumah merisik kita. Itu mungkin
berlaku. Dan buat akhwat yang sudah di tarbiyah, bersedialah dengan apa yang
akan terjadi kelak. Mungkin, kita akan di uji dengan sms/call/emel yang
tiba-tiba datang dari seorang yang kita sangat kenal. Atau mungkin kita diletakkan sekelas atau satu universiti dengan lelaki itu. saat itu iman kita akan diuji. Mahu terus menjaga dan berpegang dengan prinsip atau tewas jika diganggu semula. Itulah ujian keimanan yang Allah beri untuk menguji
sejauh mana tahap tarbiyah kita dan tahap perbaikan yang telah kita lakukan.
Itu dari pihak lelaki itu.
bagaimana pula dari pihak kita? Kadang-kadang kita pasti akan teringat lelaki
itu yang dulu pernah memikat hati kita. Dan bisikan syaitan pasti akan terus
menuju ke titik kelemahan kita. Bila melihat si dia online, jari jemari
kadang-kadang mahu ber’chatting’ sebentar. Atau bila terjumpa FB si dia,
mungkin jari jemari mahu menyelidik profile nya, gambar-gambar nya dan di mana
dia sekarang. Mungkin juga kita akan memanfaatkan jaringan internet untuk cuba mencari blognya atau apa sahaja yang
berkaitannya.
Ukhti, bertarunglah dengan
keadaan itu. kuatkan iman anda untuk menghadapi kemungkinan yang bakal datang.
Janganlah kita terjebak dengan kancah zina dua kali. Kalau bukan kerana kondisi
iman kita yang terjaga, mungkin kita akan ber’couple’ semula dengan si dia
walaupun sudah tahu.
Sejarah itu satu pengajaran
sejarah yang kita lalui dahulu adalah satu pengajaran buat kita. Saidina Umar Al Khatab pernah mengatakan bahawa jika seseorang itu hebat di zaman jahiliyyahnya, maka pasti dia akan hebat di zaman keislamannya( tarbiyahnya).
maka, buktikan kata-kata itu. jadikan apa yang kita lalui itu sebagai booster untuk kita menjadi muslim yang lebih baik hari ini.

sejarah bukan untuk diratapi tapi di ambil pengajarannya!
p/s: teruskan hidup dan tinggalkan masa silam itu.
* posting yang banyak pada bulan ini bukan kerana saya rajin menghabiskan masa menulis, namun ia adalah posting yang lepas semasa saya berehat dari berblogging. sekian.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar