Kita berbeza !

. . Tidak ada komentar:




Warna yang berbeza akan menghasilkan lakaran yang indah





Perbezaan ini kadang-kadang menimbulkan ketidakserasian.
Juga mungkin akan ada pergaduhan. Selalunya akan berbeza prinsip dan kefahaman.
Inilah hakikat yang perlu kita terima. Kita akui, bukan ini yang kita mahu.
Namun atas dasar perbezaan pemikiran, kita berada di jalan yang berbeza. Jadi,
itu wajar.








Usahlah menyalahkan sesiapa.
Menyalahkan tanzim atau amir atas perbezaan ini. Menyalahkan murobbiyah kerana
tidak bersama management yang kita sukai.










Apakah tarbiyah yang kita ikuti ini
disebabkan management atau disebabkan manhaj yang dibawakan kepada kita?







Cara manusia berfikir tidak semua sama. Ada yang merasakan
ini lebih baik atau itu lebih baik. Bergantung pada kita mahu terima dan ikuti
yang mana selesa. Asal sahaja jangan memburukkan satu sama lain atas perbezaan
itu.





Bukan mudah untuk bersatu jika kita berbeza walaupun
sememangnya kita telah bersatu atas dasar islam. Namun, tidak mustahil satu
hari nanti juga kita wajib mengikuti jalan yang satu yang dipimpin oleh seorang
khilafah. Itulah saatnya di mana kita akan bersatu di bawah satu jemaah sahaja.





Perbezaan satu
perancangan Allah





Usahlah mengata, ini akhwat aku. Itu akhwat kamu. Padahal
satu hari nanti, akhwat kamu itu pasti akan jadi akhwat aku jua. Perbezaan kita
ini bukanlah satu malapetaka. Namun, banyak faedahnya.





Kerana apa? Jika ada jemaah yang berdakwah dengan kekuasaan,
maka, ada juga jemaah yang berdakwah dengan dakwah fardhiyah dan kedisiplinan
tarbiyah atau ada juga yang menggunakan program-program mega/besar bagi menarik
mad’u. Maksudnya, setiap jemaah itu ada peranannya. Jika, mad’u tidak
tersangkut di jemaah sana, maka, mad’u tersangkut di jemaah sini. Yang penting
niat setiap jemaah, kerana Allah swt dan yang pasti mengenalkan islam disamping
mengobarkan semangat jihad pada jiwa-jiwa.





Jika di satu medan ada satu jemaah sahaja, mungkin tidak
terlarat untuknya menguasai semua objek dakwah. Memanglah pada pandangan mata
kasar kita tidak nampak seperti bekerjasama, namun, kita seperti meringankan
beban sesama kita sebenarnya.









berlainan warna, tapi tetap sama



Keterbatasan kita





Benarkah jika kita berbeza jemaah, kita tidak boleh
berukhwah? Apatah lagi berkongsi masalah/ curhat/ musykilah? Atau duduk
serumah?





Jangan sempitkan fikiran kita sebegitu. Boleh sahaja
sebenarnya. Namun, ada beberapa perkara yang kita tidak boleh kongsi dan perlu
merahsiakannya. Bukan bermakna kita tidak percayakan mereka, namun, sebagai
langkah berjaga-jaga. Kita juga ada murobbiyah, halaqahmate dan akhwat yang
sentiasa PERLU diutamakan dalam berkongsi musykilah dan segala hal.




Bagi yang sudah tahu kita ini memang berbeza, usahlah ditanya medan baru apakah yang dibuka, siapakah murobbiyah, halaqah berjalan atau tidak, halaqah buat di mana atau macam-macam lagi yang menyentuh sirr sesuatu jemaah. Pastinya seseorang itu akan merasa tidak selesa dan 'tension' untuk menjawab soalan-soalan sebegitu.




Mencari titik
persamaan





Kita ada titik persamaan yang sangat jelas iaitu kita
mengharapkan semakin ramai manusia mengenal dan memahami islam. Kita juga
mahukan semakin ramai yang komited terhadap islam dan dakwah. Kita sangat
menginginkan islam terus berkembang dan tertanam dalam jiwa-jiwa manusia. Kita bercita-cita
besar mahukan kemenangan islam satu masa nanti. Jadi, sama-samalah kita saling menyokong misi besar ini.





Sememangnya itu satu misi yang sangat penting namun cara
kita masing-masing berbeza. Kita ada metod tersendiri dalam menyentuh hati-hati
manusia. Bergantung pada objek dakwah mahu tersentuh dengan cara yang mereka
rasa sesuai dan selesa. Usahlah berebut-rebut dan saling menghasut bahawa jemaah
itu tidak bagus atau jemaah itu begini begini. Perbuatan sebeginilah
mencetuskan perselisihan, pergaduhan dan permusuhan. Semoga kita dijauhkan
daripada perkara-perkara sebegini.





Penutup: jangan
dihalang





Janganlah dihalang ukhwah antara akhwat daripada jemaah
berbeza. Jangankan kerana sikap kita yang terlalu berfikiran sempit, kita
memutuskan silaturrahim antara mereka. Cuma perlu mengingatkan mereka bahawa ada
batasan yang kita kena jaga.





Janganlah dihalang kerja dakwah mereka yang berbeza dari
jemaah kita. Orang yang menghalang-halang manusia untuk berjuang di jalan Allah
itukan kafir. Biarkan mereka dengan kerja mereka. Kita pula ada kerja kita.
Usahlah menyerbu ke surau sewaktu mereka tengah buat taklim dan menyuruh mereka
berhenti berbuat dengan alasan mereka itu tidak sejemaah dan tiada jawatan
seperti kita.





Janganlah
dihalang mad’u yang mahu menghadiri majlis taklim/ usrah dari jemaah berbeza.
Mad’u kita berhak memilih. Mereka tahu untuk memilih mana yang terbaik buat
diri mereka. Yang penting masing-masing usaha mana yang terdaya dan semaksimun
mungkin untuk menyentuh mereka dengan manhaj yang kita bawakan. Jika mereka
telah pun membuat pilihan dan tidak memilih kita, berlapang dada sahaja.










jangan ganggu, jangan halang..kami sedang menjalankan tugas kami!






p/s: tulisan ini khas untuk akhwat kita semua. be professional

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Artikel Baru

    Halaman FB Kami

    Panduan Persalinan

    Panduan Persalinan
    Ebook Panduan Bersalin dari Ibu Siti Rohana binti Ghazali

    Popular Posts

    Total Tayangan Halaman