Dituduh sesat?

. . Tidak ada komentar:










benarkah kita berada di jalan yang salah?





“ Kak, maaflah
dengan keputusan ini. Saya mahu keluar halaqah!”





“ Erk, kenapa Akma?
Bukankah Akma konsisten hadir ke halaqah?”





“ Saya dapat tahu
bahawa halaqah yang saya ikut ini sesat kak. Saya rasa tidak selamat hendak
mengikutinya.”





“ Siapa pula yang
beritahu? Selama ini apa yang Akma belajar ada sesatkah? Akak tidak pernah
rujuk buku-buku yang sesat. Semunya dirujuk daripada Al-quran  dan Hadith .”





“ Mereka tidak
cakap akak sesat. Tapi, mereka kata ketua akak yang sesat!”





“ Astaghfirullah.
Ini fitnah Akma.”





Tuduhan yang tidak bermoral





Isu tuduh menuduh
ini memang  isu yang tidak berkesudahan.
Perbuatan ini tidak lain tidak bukan hanya untuk menarik seseorang ke jemaah
yang mereka ikuti atau untuk menghancurkan sesuatu jemaah islam yang kononnya tidak
sefahaman dengan mereka.





Tuduhan sesat, tafsir
Al-quran ikut kepala otak, tidak berdaftar, suka memaksa orang, ekstrem dan
sebagainya adalah satu tindakan yang tidak bermoral. Perbuatan ini hanyalah
menjauhkan seseorang daripada nilai-nilai Islam dan menjauhkan seseorang
daripada kelompok orang-orang soleh.





Cara ini adalah
cara kotor, busuk dan hasad dengki sesuatu kelompok semata-mata untuk menarik
orang kepada jemaah mereka yang lebih dirasakan  ‘baik’, ‘bagus’ dan ‘terhebat’.





Menyelidiki kesesatan seorang Ketua





Siapakah anda yang
menuduh ketua sesuatu organisasi yang melakukan amar makruf itu sesat?





Apakah tiada kerja
lain yang lebih baik daripada ini?





Inikah yang
dikatakan seorang pendakwah yang kononnya berjuang untuk umat?





Malulah kalian.
Kalian tidak bukan hanya melenyekkan tahi ke muka sendiri !





Kalian telah
menghinakan diri kalian sendiri di hadapan Allah dan orang-orang muslim!





Daripada mana
sumber maklumat yang telah kalian dapati ini?





Jika seorang jundi
( askar/ anak buah) telah melakukan tugas dengan baik dan mereka telah mengikut
Al-Quran dan Sunnah dalam menyampaikan dan tingkah laku mereka tidak
menyeleweng daripada Islam, mengapa pula kita mahu mencari-cari kesalahan
terhadap ketua mereka pula.





Seorang jundi pasti
akan dibentuk hasil daripada didikan seorang ketua. Satu perkara yang mustahil
terjadi jika seorang ketua sesat manakala jundi pula tidak sesat. 




Tidakkah tuduhan ini satu tuduhan membuta tuli dan dilakukan untuk kepentingan diri?











lihatlah sesuatu daripada kacamata orang berilmu





Anda si penuduhlah yang sesat, kerana menebarkan fitnah dan tuduhan palsu yang
hanya untuk kepentingan diri! Mana Al-quran dan hadith yang diclaim menjadi rujukan kalian selama ini? 





Menentukan samada sesat atau tidak





Semasa anda
bermusafir dan singgah di suatu masjid untuk solat fardhu, adakah anda pergi meluru
di saf hadapan sekali atau menunggu imam selesai solat untuk menyoal selidik
biodatanya, pengajiannya di mana dan rukun solatnya berapa, dan selepas itu
baru anda akan solat bersamanya akan datang?





Tidak perlu melakukannya sebegitu namun lihatlah bilangan
saf dibelakang yang dipimpinnya. Cuba lihat siapakah orang yang mengikutnya. Jika seorang itu sesat dan tidak layak dijadikan imam, sudah tentu tiada siapa yang sanggup untuk menjadi makmumnya. 




Di dalam solatnya, kita dapat perhatikan setiap bacaan dan perbuatannya tiada yang pernah bercanggah dengan sebagaimana solat yang diajarkan oleh Rasulullah itu sendiri. Maka, mengapa kita perlu sangsi dan ragu-ragu untuk mengikutinya?



Ini sama juga seperti sesuatu jemaah yang kita ikuti. Kenapa masih ragu-ragu untuk berada di saf tarbiyah yang telah kita sedia maklum mereka berpegang teguh pada dalil-dalil Al-quran dan Hadith?





Lihatlah
ajaran-ajaran sesat di Malaysia yang mempunyai ritual-ritual pelik yang
sememangnya langsung tidak boleh diterima akal. Hanya orang yang betul-betul
jahil sahaja yang akan terpengaruh dan menerima sebulatnya tanpa merujuk dahulu
Al-Quran dan Hadith.





Jadi, adakah
organisasi atau jemaah yang anda ikuti sekarang mempunyai ritual-ritual pelik
bercanggah dengan Al-quran dan hadith?





Penutup: Yakinlah dengan pilihan kita





Biar orang menuduh
kita sesat atau apa sahaja. Asalkan kita yakin dengan jemaah yang telah kita
pilih.





Usah berundur ke
belakang hanya setelah mendengar kata-kata berbau sinis daripada mulut-mulut yang tidak pernah berpuas hati dan dengki.





Ingatlah, selagi
mana apa yang telah diajarkan berpandukan Al-quran, Hadith dan buku-buku agama
karya ustaz atau orang yang boleh dipercayai, maka, kita tidak perlu ragu-ragu.





Ragu-ragu akan
adalah kunci untuk berpaling ke belakang.





Apa yang telah
berlaku adalah satu ujian. Adakah kita mahu melemparkan kembali hidayah yang
telah diberikan oleh Allah setelah baru satu ujian yang telah kita lalui. Ingatlah,
ujian di depan akan terus datang dan sentiasa menghampiri.





Jika hanya dengan
ujian ini kita sudah hancur lebur, bagaimana pula dengan ujian hebat akan
datang?





Semoga terus
istiqamah.







fikirlah dan buatlah keputusan dengan yakin





p/s: Buatlah tuduhan sehingga anda semua penat. Kami tetap tidak akan goyah dengan apa yang kami lakukan dan kami akan tetap meneruskan perjuangan ini.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Artikel Baru

    Halaman FB Kami

    Panduan Persalinan

    Panduan Persalinan
    Ebook Panduan Bersalin dari Ibu Siti Rohana binti Ghazali

    Popular Posts

    Total Tayangan Halaman