
harta dakwah menyumbang kepada keberlansungan kerja dakwah
Harta dakwah adalah komponen yang sangat penting dalam
mereleasasikan keberlangsungan dan keberkesanan dakwah. Ia ibarat oksigen yang
sentiasa dihirup oleh nafas dakwah untuk memastikan dakwah sentiasa hidup.
Harta dakwah adalah harta kita semua duhai akhwat
sekalian. Ia adalah hasil titik peluh dan jerih kita yang bersusah payah
mengumpulkannya. Ia adalah aset bernilai yang perlu kita jaga sebaiknya
agar dakwah tidak merudum hanya kerana kelalalaian kita dalam menjaganya.
Membantu
keberlansungan program
Kereta, motorsikal, barang-barang dapur dan aktiviti
adalah harta dakwah yang penting dalam menjadikan program berjalan lancar.
Tanpa aset-aset ini, kita mungkin mengalami situasi yang payah dalam
mengelolakan program.
Kereta dan motorsikal adalah kenderaan yang sememangnya
sangat diperlukan oleh sesebuah medan untuk bergerak. Untuk follow up medan yang jauh dan untuk
mengangkut akhwat atau mad’u semasa program adalah tujuan utama kenderaan
menjadi harta dakwah yang bernilai. Jika tiada kenderaan, pergerakan mungkin
terbatas dan terbantut. Memang tidak dinafikan, kenderaan awam telah tersedia ada.
Namun, mungkin banyak masa akan dibazirkan apabila menaiki kenderaan awam yang
tidak dapat dijangka kehadirannya.
Barang-barang dapur dan aktiviti juga tidak kurang
bernilainya. Apatah lagi makanan adalah keperluan asas dalam program. Mana ada akhwat
boleh tidur nyenyak kalau makanan tiada kecuali kalau ia benar-benar ‘daurah
kebuluran’. Bahkan, seringkali juga dalam setiap program yang saya hadiri,
makanannya berlebih-lebihan sehingga akhwat saling tolak-menolak untuk
menghabiskan makanan di dalam talam.
Itulah jasa harta dakwah selama ini. Jika kehilangan atau
kerosakan aset ini, kita terpaksa mengeluarkan sekali lagi duit untuk membeli
yang baru atau membaikinya. Tiada apa yang penting melainkan menjaga sebaik
mungkin ibarat nyawa sendiri.
Harta
dakwah yang paling bernilai

inilah harta dakwah paling bernilai, akhwat kita!
Bukankah sebenarnya harta dakwah yang paling bernilai
daripada segala-galanya adalah akhwat kita sendiri? Jika kereta, motorsikal
atau barang-barang yang lain rosak, mungkin boleh dibeli dan diganti baru.
Bagaimana jika akhwat kita rosak atau mengalami kecelakaan, adakah boleh kita
menggantikan yang sama seperti sebelumnya?
Kerap kali berita kemalangan yang berlaku dalam kalangan akhwat
kita tersebar. Jika kecederaan yang dialami tidaklah separah mana, bolehlah
diterima dengan hati yang lega. Namun, bagaimana jika kemalangan yang dialami
melibatkan kecederaan kekal yang tidak dapat dipulihkan kembali.
Akhwat kita adalah aset yang paling berharga dalam
perjuangan dakwah ini. Jagalah diri kita dan jagalah mereka juga. Jika berlaku
sesuatu pada mereka, berlaku juga sesuatu kekurangan dalam dakwah ini.
Kekurangan main-power yang
berkaliber.
Saya tidak tahu mengapa sudah lali telinga ini mendengar
bahawa akhwat suka membawa kereta dengan kelajuan yang tinggi. Sudah-sudahlah.
Segeralah insaf dan bertaubat bagi sesiapa yang suka membawa kereta laju.
Jangan kerana kecuaian kita, akhwat lain yang menjadi mangsa.
Sudah 2 kali kes memandu semasa mengantuk mengakibatkan akhwat
kita terjebak dalam kemalangan. Jika mengantuk, berehatlah dahulu atau tukarlah
pemandu. Namun, masih ramai rupanya akhwat yang tidak mempunyai lesen. Sejak
kejadian ini, saya mensarankan supaya akhwat sangat-sangatlah diwajibkan
mempunyai lesen memandu tahun ini kerana ini soal keselamatan dan harta dakwah
kita.
Jika ramai akhwat yang mempunyai lesen, masalah untuk
bertukar-tukar pemandu tidak akan timbul. Tambahan pula, jika seorang sahaja
akhwat yang mempunyai lesen, maka akhwat itu juga yang terpaksa mengambil
akhwat lain dari stesen bas, mengangkut mad’u semasa program dan segala kerja
yang melibatkan pemanduan kereta dialah yang menanggungnya sedangkan akhwat
lain duduk goyang kaki. Masa yang sepatutnya di gunakan untuk membuat kerja
lain yang lebih penting terpaksa dikorbankan kerana hanya dialah satu-satunya
akhwat yang boleh memandu kereta.
Penutup
-Jagalah harta dakwah

siapa lagi yang akan menjaga kalau bukan kita sendiri?
Masih ada juga akhwat kita yang tidak menjaga harta
dakwah sebaiknya. Barang yang digunakan tidak diperlakukan atas tanggungjawab
sendiri. Didiamkan dan dibiarkan. Walaupun itu adalah harta akhwat kita, bukan
harta sendiri, jagalah sepertimana harta sendiri, maka orang lain akan menjaga
barang anda seperti barang sendiri juga.
Meskipun pemilik tidak menyuarakan bil-bil kenderaan yang
terpaksa ditanggung, tolonglah sukarela bertanyakan tentang perihal kenderaan
tersebut. Apakah boleh dibantu atau bagaimana yang harus dibantu. Itu mungkin
dapat meringankan beban akhwat tersebut.
Sekali lagi diingatkan, harta dakwah kita yang paling
bernilai adalah akhwat kita. Merekalah yang menjadikan dakwah terus subur dan
berkembang. Merekalah penggerak dakwah di medan kita. Merekalah yang mengerah
idea untuk perancangan strategi kita. Merekalah jua menceriakan suasana hidup
kita.
Tolonglah jaga harta dakwah kita!
p/s: Harta dakwah bukan soal duit sahaja, tapi soal
nyawa.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar